Untuk berlaku adil, Anna Jobling akan adakan rumah terbuka untuk peminat dia Indonesia

Pelakon jelita Anna Jobling menunaikan janjinya buat peminat di Jakarta, Indonesia dengan menganjurkan majlis rumah terbuka. Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ke Indonesia atas urusan kerja. Selain itu, Anna turut menganjurkan rumah terbuka di Jakarta, Indonesia bagi berlaku adil buat para peminatnya di sana. “Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan. Ianya juga dibantu oleh kelab peminat Indonesia. Kalau diikutkan ini kali ketiga saya ke sana bertemu peminat selepas kali pertama dulu hadir bersama Merqeen.”

Sebelum ini, Anna pernah mengadakan rumah terbuka di Kuala Lumpur buat peminatnya di Malaysia. Tambah Anna, tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak, namun, bersyukur kerana peminatnya sentiasa memahami dan tidak putus menyokongnya. Dalam pada itu, Anna sempat menjelaskan tentang isu sebelum ini dimana Anna dikritik akibat daripada dirinya yang enggan berkongsi alamat kediaman keluarga di Melaka. “Semuanya salah faham. Kediaman keluarga Anna di Melaka sangat kecil ruangnya. Saya tidak berkongsi alamat kerana tidak mahu tetamu yang hadir bersempit di rumah. Untuk perkembangan karier, pelakon utama ‘Melur Untuk Firdaus’ itu ke Jakarta, Indonesia kerana terdapat beberapa tawaran daripada pihak produksi di sana yang perlu diuruskan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.