Rancang untuk kahwin tahun depan, Azrel Ismail akui baru seminggu tiada tawaran berlakon dah gelabah

PELAKON Azrel Ismail gelabah apabila tiada tawaran berlakon meskipun baru beberapa minggu berehat dan tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran. Azrel, 39, berkata, berehat di rumah membuatkan dia tak senang duduk dan lebih suka bekerja apatah lagi memikirkan soal komitmen serta perbelanjaan harian. “Bila orang tanya tentang kerja dan jawapannya tiada, rasa seram juga. Sebelum ini jadual saya memang padat. Walau baru seminggu tiada job, saya memang dah gelabah. “Bukan apa, kena fikir komitmen yang perlu dibayar. Simpanan itu ada tetapi saya tidak mahu menggunakannya sampai licin.

“Saya suka bekerja… kalau asyik duduk rumah, mula rasa bosan. Jika ada tawaran berlakon atau perkara berkaitan, ia tanda selamat dari segi pendapatan,” katanya. Disebabkan itu juga kata Azrel, dia bukan seorang pelakon yang terlalu memilih watak sebaliknya akan menerima apa sahaja tawaran asalkan ia bersesuaian dan tidak melanggar prinsipnya. Mengidamkan watak anggota beruniform, Azrel bagaimanapun sedar filem atau drama genre aksi memerlukan komitmen tinggi termasuk mental dan fizikal. “Mungkin ada pelakon yang suka memilih watak, tetapi tidak bagi saya. Kalau terlalu memilih susah juga… nanti orang lain dapat job itu saya pula yang tiada kerja.

“Saya memang tidak akan memilih, cuma kalau genre aksi kena berfikir juga sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi dari segi menjaga penampilan,” ujarnya. Diusik soal peribadi, Azrel mengakui kini sedang bercinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang mula dikenali sejak setahun lalu. Namun dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan identiti wanita usia 20-an itu kerana bimbang apa yang dihajatkan tidak menjadi. “Sekarang ini dah ada (kekasih). Kami kenal setahun lalu dan dia bukanlah seseorang yang bekerja dalam industri seni.

“Perancangan untuk berkahwin juga ada. Mungkin tahun depan. Saya pun sedia untuk berkahwin cuma kalau cakap tahun ini mungkin jodoh belum sampai. “Buat masa sekarang biarlah rahsia dahulu. Mestilah kena rahsiakan, sebab nanti kalau tak jadi kena kejar media lagi,” kongsinya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.