Dapat hadiah bunga dari Jebat sempena hari ibu, tapi ucapan dia tu buat Nabila terharu

Bersempena dengan hari ibu yang disambut semalam, ramai yang memberikan ucapan penghargaan kepada ibu tersayang sebagai tanda kasih sayang kepada ratu hati semua anak-anak. Anak kepada selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ahmad turut tidak ketinggalan menghadiahkan sejambak bunga beserta kad ucapan buat ibunya, Noor Nabila bagi meluahkan rasa sayang yang tidak terhingga kepada wanita itu. Menerusi perkongsian Nabila di Insta Story, dia mengucapkan terima kasih kepada Jebat kerana mengirimkan kad ucapan dan juga jambangan bunga sempena hari ibu.

“Selamat Hari Ibu. Mummy, terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik untuk baby. Baby sayang mummy so much,” tulis kad ucapan dari Jebat. Terdahulu, bekas suami kepada Nabila, Sharnaaz Ahmad telah berkongsi ucapan selamat hari ibu buatnya di Instagram dengan menghargai jasa wanita berkenaan kerana menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka. Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, kehadiran ibu dan bekas isterinya memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan. Jadi dia sangat berterima kasih di atas jasa-jasa mereka.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun sah berpisa pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.