Dato Hattan akui tak tahu temubual tu secara langsung, sekali ini pula respon dari pihak Awani

Pihak Astro Awani menafikan dakwaan penyanyi, Datuk Hattan yang mengatakan tidak mengetahui bahawa temu bualnya sewaktu slot Berita Awani merupakan siaran langsung. Memetik laporan dari Kosmo! merujuk kepada ciapan yang dibuat Penerbit eksekutif siaran atau program berita terbabit, Ibrahim Sani, pihak Awani sudahpun memaklumkan terlebih dahulu perihal temu bual tersebut. Mereka juga telah membuat briefing terlebih dahulu sebelum bersiaran langsung dan sedia untuk berkongsi bukti tersebut jika masih ada yang tidak mempercayainya.

“Tidak tahu mana satu lagi teruk. Sama ada dia (Hattan) mengatakan beliau tidak diberi ringkasan (briefing) yang temu bual untuk siaran langsung (kami ada bukti dia diberi briefing sebelum live). Atau fakta bahawa dia memilih untuk biadab hanya kalau program dirakam (pre-recorded) dan akan bersikap sopan kalau program untuk siaran langsung,”  ciap di Twitter. Terdahulu, penyanyi era 80an, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin memaklumkan kepada sahabat baiknya, Salimey Abu Bakar bahawa dia sama sekali tidak mengetahui bahawa temu bual yang dijalankan adalah siaran langsung.

Dia juga menyatakan yang pihak Awani tidak memberi briefing terlebih dahulu sehingga berlaku insiden tersebut. Beberapa hari lalu, video temu bual Hattan ‘menyekolahkan’ pembaca berita secara siaran langsung telah menjadi perdebatan ramai di media sosial kerana tindakannya yang dilihat kurang sopan. Dia mempersoalkan mengapa pembaca berita tidak membuat kajian terlebih dahulu sehingga gagal menjawab soalannya berkenaan pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.