Doktor pakar bedah, Dr. Amalina Bakri sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas tular videonya membuat majlis resepsi bersama suami dan anaknya, baru-baru ini. Namun, momen indah tersebut turut menimbulkan rasa kurang senang terhadap seorang pengguna TikTok yang mengatakan majlis itu persis cara perkahwinan agama Kristian.
Isu itu mula timbul selepas tular sebuah video di mana Dr. Amalina sedang memberikan ucapan romantis dan memuji kebaikan suaminya ketika majlis itu berlangsung.
Kurang senang dengan komen tersebut, salah seorang pengikut figura itu tampil membela dan menunjukkan perjalanan (flow) majlis berkenaan dari awal. Dalam perkongsian tersebut, pemilik akaun @rrrhai menyatakan majlis resepsi tersebut telah dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran dan doa.
Malah, pemilik akaun tersebut sempat berpesan kepada individu tersebut untuk berkata benda yang baik-baik. Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al quran, doa untuk keberkatan majlis meskipun ramai je jemputan non muslim dalam tu. Jom berkata-kata yang baik sahaja,” tulisnya.Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai respons yang rata-ratanya menyindir semula individu terbabit.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.