Rider rasa bersalah bila makanan pelanggan tercampak dari beg, tak sangka ini pula respon dari ank pelanggan tu

SETIAP mereka yang bekerja pasti tidak terlepas daripada berdepan dugaan dalam mencari rezeki. Memudahkan urusan antara satu sama lain juga adalah sangat dituntut kerana kita tidak pernah tahu jika hidup seseorang itu susah atau sedang diuji. Begitulah kisah rider penghantar ini yang bersyukur kerana walaupun dirinya ditimpa musibah ketika bertugas, pelanggannya mempunyai empati untuk memahami situasi. Dalam satu video tular di TikTok, isteri kepada penghantar makanan itu menunjukkan perbualan dalam talian antara suaminya dengan pelanggan berkenaan.

Segalanya bermula apabila rider itu menghubungi pelanggannya yang merupakan seorang wanita terlebih dahulu untuk memaklumkan apa yang terjadi. “Assalamualaikum kak, saya rider penghantar makanan tadi. Minta maaf sangat-sangat. “Makanan akak rosak tadi. Terpelanting keluar dari beg saya. Saya tak perasan bonggol depan masjid. Saya nak ganti makanan tu kak,” jelas lelaki itu. Sudah bersedia untuk dimarahi tetapi lain pula yang berlaku, kerana pelanggan itu berlapang dada dan menganggap makanan berkenaan bukan rezekinya.

Malah, wanita berkenaan turut menyuruh anaknya menghantar mesej pesanan suara kepada lelaki itu. “Tak apa abang, jangan susah hati, anggap je makanan tadi tu bukan rezeki saya hari ni. Umi (ibu) saya cakap jangan ambil duit tu tadi. Tapi abang bagi juga, saya pun dah terambil. Tak apa abang, RM10 tu pun dah cukup. Hati-hati memandu abang, kalau abang nak kejar masa, abang jaga la keselamatan diri sendiri. “Umi saya pun suruh abang berhati-hati, nyawa tak jual dekat kedai,” kata anak pelanggan itu melalui hantaran nota suara. Di ruangan kaspyen video itu, isteri rider penghantar makanan tersebut menjelaskan bahawa suaminya bertegas untuk memberikan bayaran ganti rugi walaupun ditolak.

“Suami nak ganti balik dengan bayar ikut jumlah harga makanan yang pelanggan tu beli. Tapi pelanggan tak nak. Allahuakhbar nak hilang rasa bersalah tu susah. Akhirnya suami tetap juga bagi duit. Alhamdulillah suami ditemukan dengan orang-orang yang baik. “Untuk akak (customer┬ásuami), terima kasih saya ucapkan. Untuk adik, akak dan abang doakan awak berjaya dunia akhirat,” tulisnya kagum. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji keperibadian mulia anak kecil itu. “Umi dia berjaya besarkan anak dia dengan baik. “Terbaik akak yang order tu, bijak didik anak. Rider penghantar makanan ni dan isteri dia mesti ada buat sesuatu sampai Allah permudahkan urusan kalian. “Bagus didikan mak ayah budak ni, ini baru betul, boleh dijadikan contoh,” kata sebahagian warga maya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.