Ebit Lew Buat Ramai Terkejut apabila buat Kolaborasi Bersama TikToker Jepun.

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas membuat video masakan kolaborasi bersama TikToker terkenal Jepun, Bayashi TV. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sedang memasak hidangan nasi goreng bersama TikToker berkenaan.

Apa yang lebih menarik, hasil nasi goreng yang dimasak tadi telah mereka berikan kepada gelandangan. Video tersebut mendapat pelbagai respons wargamaya yang terkejut melihat berkolaborasi bersama pempengaruh terkenal yang mempunyai jutaan pengikut di TikTok.

Sulit dipercayai tapi sudah di depan mata. Wah ustaz ni memang betul-betul on another level. Ni memang collab yang paling tidak expect langsung akan berlaku. Dah lama follow Bayashi TV ni, tapi paling tak expect ustaz Ebit Lew dalam video ni,” komen warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1.5 juta tontonan dengan menerima lebih 150,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.