Dah setahun berpisah dengan bekas suami, Ellie Suriaty akui masih belum ada teman pengganti

Genap setahun berpisah dengan bekas suami, Azri Iskandar, pelakon prolifik Ellie Suriaty mengakui masih belum punyai teman baharu. Tidak berkawan dengan sesiapa, jelas Ellie, 52, dia masih dalam proses ‘membahagiakan’ diri bersama anak-anaknya. “Susah nak jawab, tak adalah… Slow-slowlah, setakat ini tak ada,” jawabnya ringkas kepada Gempak. Ellie yang hadir memberikan sokongan ketika tayangan perdana Polis Evo 3 di TGV KLCC pada Khamis memberitahu seandainya berteman, dia mahukan seorang individu yang boleh berjalan seiring dengannya. “Saya dah pernah mengalami alam perkahwinan selama 19 tahun, jadi pengalaman itu besar dan luas. Mampukah untuk orang lain memahami kita? Untuk go through life dari mula.

“Mampu itu bukannya daripada segi materialistik tapi saya pun sudah 52 tahun, bukan budak-budak. Jadi, saya pun tak tahu apabila umur 52 ini, perlukah untuk ke hadapan bersama seorang suami? Kalau dia betul-betul memahami, okeylah. Maksudnya kita mencari orang yang boleh berjalan dengan kita susah dan senang. Bukan sekadar teman, tapi juga rakan baik dan membawa kita ke arah kebaikan. “Mesti ada orang yang baik di luar sana kan?” ulasnya lanjut. Untuk rekod, Ellie dan Azri berpisah pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Azrell, Omar, 19, dan Nur Azreen, 14.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.