Teruk kena kritik dengan warganet sebab cara dia berpantang, tak boleh berdiam ini pula respon dari Emma Maembong

PELAKON Emma Maembong meluahkan rasa kecewa apabila warganet menuduhnya tidak berpantang dengan cara betul selepas melahirkan anak keduanya iaitu Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu. Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, berkata, dia pada awalnya malas melayani komen tersebut namun tuduhan dilemparkan tidak berasas sehingga merasakan dia perlu tampil memberi penjelasan. “Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini ‘beriya’ sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat.

“Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah… seolah-olah mereka duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang atau pun tidak,” katanya menerusi perkongsian di TikTok. Jelas Emma, dakwaan dia menangis dan tumpah drh tidak benar malah keadaan kesihatannya dalam keadaan baik sejak melahirkan anak. Bukan itu sahaja, dia juga mendapatkan khidmat pakar untuk menjaganya sepanjang tempoh berpantang. “Alhamdulillah saya sihat, tiada pun sampai yang kata saya menangis, tumpah drh… itu semua palsu. Saya berpantang, jangan risau.

“Saya berpantang dengan confiment lady. Saya dah buat semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung,” jelasnya. Tidak mahu warganet salah anggap lagi, Emma menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang luka semasa melahirkan anaknya membuatkannya mampu aktif seperti biasa. Malah dia juga berhati-hati dalam menjaga pergerakkan sekali gus berharap warganet memahami agar bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam berpantang.

“Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing. “Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kena jaga. “Cuma saya taklah sertai marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun atau bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang,” ujarnya.

Sebelum ini, aksi Emma yang bersahaja mengendong anak sulungnya iaitu Shariq Gabriel, 2 tahun semasa majlis aqiqah putra keduanya meriah perhatian ramai. Pada 10 Mei lalu, suami Emma iaitu Muhammad Shazli memaklumkan isterinya selamat bersalin secara normal dan anak kedua mereka itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram. Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.