Sejak belakangan ini, pelakon Fathia Latiff dilihat aktif memuat naik gambar memaparkan dirinya meluangkan masa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di media sosial. Terbaru, Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff bertemu dengan beberapa kenalannya di sebuah restoran mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, penampilan Fathia yang mengenakan baju dan selendang hitam serta berseluar jeans biru itu mendapat teguran daripada seorang pengikut di laman Instagram.
Menerusi komen pada salah satu hantaran, pelakon berusia 36 tahun itu didakwa tidak memakai selendang dengan sempurna sekali gus menampakkan sedikit bahagian rambutnya.
Namun begitu, pelakon drama Jesnita itu dipercayai memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen individu berkenaan. Terdahulu, wajah Fathia ditegur ramai apabila dikatakan nampak berbeza sebelum dia menjelaskan tentang pengetahuan bersolek dan rawatan kecantikan yang sedia ada.
Sumber: Instagram Fathia Latiff
PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.