Isteri Haqiem Rusli dah buka semula komen dekat laman ig, tapi ini pula komen warganet

Tindakan isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea membuka semula ruangan komen di laman Instagram miliknya menjadi tumpuan ramai dalam kalangan pengikut. Difahamkan, usahawan berusia 21 tahun itu menutup ruangan komen selepas memuat naik gambar dirinya tidak berhijab sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Menerusi satu hantaran terbaharu, Sofea berkongsi beberapa keping gambar dipercayai sewaktu menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya dengan tampil berbusana merah jambu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menganggap penampilan wanita berasal dari Kelantan itu kurang berseri atau cantik lagi seperti mengenakan hijab sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir individu memberikan kata-kata positif dan nasihat selain menitipkan doa agar Sofea terbuka hati mula untuk menutup aurat.

Terdahulu, Haqiem enggan mengulas tindakan isterinya menanggalkan hijab dan hanya meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat kehidupan mereka. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.