Pasangan pelakon popular, Nur Fazura dan Fattah Amin sering mencuri perhatian apabila kerap berkongsi momen manis bersama anak mereka, Nur Fatima Aisya di media sosial. Malah, melihat kepada gelagat keluarga kecil ini, ramai dalam kalangan peminat mendoakan agar Fazura dan Fattah segera dikurniakan dengan kehadiran cahaya mata kedua mereka.
Menerusi perkongsian sebuah video pendek di Instagram, kelihatan Fazura bersama Fatima hadir ke majlis rumah terbuka yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ini sambil mengenakan pakaian berwarna sedondon, biru.
Bahkan, Fazura juga sempat menitipkan pesanan kepada peminat yang kerap bertanyakan tentang kehadiran zuriat kedua mereka. Fatima baru dua tahun setengah dan saya masih tak percaya dia adalah ‘mini me’ saya. Dan bagi yang bertanya bila nak ada second baby? Doakan rezeki bakal tiba. Mudah-mudahan. Aamin,” katanya.
Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Pelakon jelita, Nur Fazura memaklumkan dia dan suami yang juga pelakon, Fattah Amin merancang untuk memiliki zuriat kedua pada tahun ini. Menurutnya, ia sebagai pelengkap kebahagian rumah tangga mereka apatah lagi jika dikurniakan dengan zuriat lelaki. Meskipun begitu, Fazura mahupun Fattah tidak memilih jika mereka dikurniakan dengan zuriat perempuan asalkan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.