Dalam diam rupanya Janna Nick dan Dini bakal berkahwin tak lama lagi.

Tiada angin tiada ribut, heboh di media sosial berhubung pelakon jelita, Janna Nick yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, aktor Dini Schatzmann.

Memetik laporam Kosmo, sumber mendedahkan wakil daripada pihak Janna telah menghantar borang pernikahan di Pejabat Agama Daerah Langkawi. Malah, pasangan selebriti ini dikatakan telah memilih lokasi untuk majlis pernikahan mereka pada 10 Jun depan di sebuah resort mewah terletak di Pantai Cenang Langkawi.

Jelas sumber juga, majlis tersebut difahamkan akan berjalan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga rapat kedua-dua belah pengantin sahaja.

Pada akhir Februari lalu, Janna dan kekasihnya berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu berkata akan memaklumkan bakal mengumumkan mengenai berita penting seakan menguatkan desas-desus mereka bakal mengakiri zaman bujang bersama.

Kredit Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Pelakon Dini Schatzmann memaklumkan bahawa dia dan Janna Nick akan berkongsi sebuah ‘berita besar’ dalam masa terdekat. Menurut Dini, berita tersebut berkemungkinan akan diumumkan selepas Ramadan.

Sebenarnya saya tak boleh beri sebarang komen buat masa sekarang. Tetapi kami akan ada berita yang kami akan kongsikan dengan semua orang dalam masa terdekat. Berita yang agak besar… tapi kena tunggu. Insya-Allah, mungkin lepas Ramadan. Saya rasa semua benda ada waktu dan perancangan macam mana ia berjalan.

Buat masa sekarang bukan masa yang sesuai. Ada beberapa perkara yang sedang terjadi yang buatkan masa sekarang ni tak sesuai untuk kongsi berita ini. Dini ditemui ketika acara anugerah Gempak Most Wanted Award 2022 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi. Dini juga menyatakan bahawa hubungannya dengan Janna tidak ada sebarang masalah.