Keadaan masih belum stabil, ramai yang terkejut bila Mamat sepah tiba tiba pengsan masa di pentas Mega Spontan

PELAWAK Mamat Sepah mengejutkan peminat apabila tiba-tiba pengsan ketika muncul di pentas minggu pertama program Mega Spontan 2023 yang bersiaran langsung pada malam Jumaat. Menjelaskan kejadian itu, Mamat atau Mohd Noor Murad, 38, berkata, dia sendiri tidak pasti apa berlaku sehingga membuatkan dia hilang fokus dan tidak boleh mendengar ketika berada di atas pentas. Bagaimanapun katanya, gementar bukan punca dia pengsan namun mengakui berasa tidak sedap badan sebelum program berlangsung.

“Sepanjang 14 tahun membuat persembahan, inilah pertama kali terjadi kepada saya. Saya sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Ketika pusingan pertama naik pentas saya dah rasa tidak sedap badan, penglihatan pun kabur selain telinga tidak boleh mendengar. “Nak kata saya gementar tak mungkin sebab saya amat yakin dengan pasukan sendiri. Saya langsung tidak rasa gementar sebelum naik pentas,” katanya ketika dihubungi¬†pada Sabtu. Disebab keadaannya pada malam tersebut, tiga rakan kumpulannya iaitu Adlin Aman Ramli, Joey Daud dan Sajna Suri terpaksa meneruskan persembahan tanpa Mamat.

Tambahnya ketika melakukan pemeriksaan bersama pasukan perubatan di belakang pentas, dia dimaklumkan tekanan bp dan tahap kesihatannya dalam keadaan baik. “Pegawai perubatan pun cakap saya tidak gementar. Katanya mereka boleh kesan pada wajah seseorang yang menunjukkan simptom gementar. Dah periksa tekanan bp dan nadi pun semuanya okey. “Saya tahu kondisi badan sendiri. Jadi mestilah saya tidak akan ambil makanan yang boleh memberi kesan kepada diri sendiri,” ujarnya. Sementara itu, Mamat memaklumkan keadaannya masih belum stabil dan akan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital.

Dalam masa sama dia amat bertuah kerana bersama anggota yang sangat memahami dan tidak mengalah tatkala berlaku kecemasan seperti itu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.