Khairy Jamaluddin bagi impak positif, terkini KJ sambung kontrak sebagaia DJ di Hot Fm sampai hujung tahun ni

Kontrak bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjadi penyampai radio Hot FM disambung hingga akhir tahun ini. Berita gembira itu diumumkan oleh Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin ketika sidang media majlis rumah terbuka pada Ahad. Menurut Shah, waktu bersiaran Khairy atau lebih mesra disapa dengan KJ telah dilanjutkan menjadi dua jam iaitu bermula jam 7 hingga 9 pagi. “Berita baik adalah KJ akan bersama dengan Hot FM sehingga hujung tahun ini. KJ tetap bertugas pada setiap Isnin, tetapi tempohnya akan dipanjangkan selama dua jam.

Bagaimanapun, tidak semestinya KJ akan bertugas pada Isnin sahaja. Jika ada program khas memerlukan khidmatnya, KJ akan muncul. Sebelum ini, tugas KJ bermula jam 8 pagi, tetapi bermula Isnin lalu, jadualnya dipercepatkan iaitu antara jam 7 hingga 9 pagi.” KJ yang mula menjadi deejay sejak tiga bulan lalu bersyukur dan gembira kerana penglibatannya sangat diterima baik. “Terima kasih kepada pengurusan Hot FM dan Media Prima Berhad (MPB) kerana mengalu-alukan kehadiran saya sejak beberapa minggu lalu. “Memandangkan ada penerimaan baik, kita lanjutkan peranan saya di Hot FM. Saya harap, Hot akan kekal sebagai stesen radio pilihan.

Saya suka budaya kerja di Hot FM dan di MPB. Sebelum ini, tak ada kontrak dan berdasarkan suka sama suka, tapi memang ada keserasian.” Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran pula berkata, kehadiran KJ dalam keluarga radio telah memberi impak yang cukup besar. “Kehadirannya memberi impak sehinggakan, apabila KJ tidak bersiaran, ramai yang bertanya kepada saya. Impaknya sangat positif. KJ membawa perspektif berbeza buat pendengar kami selain terus menjadikan radio sebagai wadah untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pada 9 Februari lalu, KJ mengesahkan bakal menyertai Hot FM dalam temubual panggilan telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal. Tawaran Hot FM kepada KJ dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, antara jam 6 pagi hingga 10 pagi. Media Prima Audio (MPA) berkata, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’, kehadiran KJ bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM dan warna lebih menarik untuk segmen terbabit. Untuk maklumat lanjut, layari www.hotfm.audio dan dengarkan Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana, AG dan KJ, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.