Lenka akui dia gemar makan makanan Malaysia antaranya laksa dan nasi lemak.

Penyanyi kelahiran Australia, Lenka mengakui menggemari beberapa juadah popular di Malaysia antaranya laksa dan nasi lemak. Kongsi Lenka, 44, yang kini berada di Kuala Lumpur untuk konsert pertamanya di Malaysia pada malam ini, dia akui hidangan terbabit punyai keunikan tersendiri.

Saya pernah beberapa kali datang ke Malaysia dan kali ini saya hadir untuk mengadakan konsert untuk peminat-peminat setia saya di sini.Hidangan paling saya gemar setiap kali ke Malaysia ialah laksa dan nasi lemak. Ya, saya suka makanan pedas. Lenka ditemui sempena keberadaannya di Kuala Lumpur untuk Lenka Live in KL yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei 2023.

Teruja untuk mengadakan persembahannya di sini, Lenka bakal menyanyikan lebih 16 buah lagu yang dipetik daripada beberapa albumnya termasuk dua EP terbaharu, Discover dan Recover. Lenka juga akan menyapa peminatnya menerusi lagu-lagu popularnya seperti What Goes Up, On My Side serta dua hit terkenalnya, Trouble Is A Friend and The Show.

Saya pernah mengadakan persembahan sebelum ini cumanya saya berkongsi pentas dengan beberapa artis, kali ini konsertnya cuma saya seorang. Sudah pasti saya teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat saya di Kuala Lumpur. Saya akan berinteraksi dengan peminat dan pastinya akan ada kejutan yang menanti.

Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang kebanyakannya sudah serasi, akan ada lagu-lagu yang sudah lama saya tidak nyanyikan juga dan lagu-lagu baru. Sementara itu, penganjur konsert Lenka Live in KL, Push Play yang diwakili Nika yakin dengan sambutan saat akhir dari peminat penyanyi wanita itu pada malam ini.

Lenka akan membawa kita mengimbau semula memori kita suatu ketika dahulu dan penjualan tiket untuk pengunjung saat akhir masih dibuka sebelum bermulanya konsert pada malam ini. Tiket Lenka dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 (Standing Zone), RM239 (Upper Seated Zone) dan RM3,800 (VIP Box). Kredit Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.