PENYANYIÂ dan pelakon Linda Rafar teruja apabila akhirnya berpeluang melancarkan single terbaharunya berjudul sujud yang juga merupakan runut bunyi drama Zuriat Dari Pnjra. Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 45, berkata, dia tertarik dengan lagu ciptaan HerdaSyira itu kerana liriknya seakan menceritakan kisah hidupnya yang diuji pelbagai dugaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. “Sujud sebenarnya adalah lagu untuk kemunculan semula saya sebagai penyanyi dan apabila rakaman selesai baru saya perasan ia sesuai dijadikan lagu runut bunyi drama berkenaan.
“Saya diberi beberapa pilihan termasuk lagu rancak tetapi pada tahap sekarang rasanya sudah tidak sesuai menyanyikan lagu genre itu dan memilih lagu ini,” katanya. Dalam pada itu, Linda menjelaskan Sujud memperlihatkan cara nyanyian dan penyampaian berbeza berbanding ketika dia bersama kumpulan Elite. Katanya lagi, penggubah lagu itu juga banyak mengajarnya teknik nyanyian suara angin bagi mendapatkan ‘feel’ tepat dalam menzahirkan liriknya yang penuh makna.
“Lagu ini berbeza dengan lagu saya sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah pertemuan dengan HerdaSyira banyak memberi saya peluang untuk belajar teknik dan kaedah nyanyian lain. Tambah Linda, dia juga tidak kisah jika lagu tersebut dianggap mempunyai elemen ketuhanan memandangkan dia kini banyak melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan. “Saya suka (jika dianggap sebagai lagu ketuhanan), sekarang ini saya pun lebih fokus dengan keluarga dan banyak libatkan diri dengan keagamaan.
“Saya suka buat perkara-perkara ini sebab bagi saya tenang dan gembira. Kalau orang nak kata sebagai lagu ketuhanan, Alhamdulillah. Tapi tak semestinya saya tak boleh menyanyi lagu-lagu Elite,” katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Linda memberitahu dia banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga selain fokus kepada projek lain. Kata Linda lagi, dia sebenarnya lebih meminati bidang nyanyian berbanding lakonan kerana menganggap ia sebagai terapi diri.
“Saya sebenarnya lebih minat menyanyi berbanding berlakon sebab itu saya banyak tolak tawaran berlakon, rasa macam tak ada jiwa tapi bagi saya menyanyi itu terapi. “Saya tak pernah hilang dari industri seni… masih ada lagi ada buat persembahan jika ada jemputan,” jelasnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.