Ramai yang terhibur bila tengok gelagat Watie dalam Meletop, tapi ada juga warganet yang samakan wajah dia dengan Rosmah Mansor

Sejak kebelakangan ini, nama tunang pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah sering menjadi bualan warganet di laman sosial. Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah temu bual bersama program MeleTOP, pasangan merpati dua sejoli tersebut telah diundang sebagai tetamu telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai. Dalam video itu, Watie dilihat menjawab pertanyaan daripada pengacara Hawa dan Nabil namun, cara dia mengendalikan mikrofon telah mencuit hati penonton. Mana tidaknya, ramai yang terhibur dengan gelagat Watie yang pertama kali menghadiri program hiburan seperti itu sehingga menyebabkan dia kelihatan agak gugup tanpa disedari. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, ramai yang memuji kecantikan yang dimiliki bakal isteri Shuib itu dan ada segelintir peminat yang memaklumkan wajah Watie ada seiras dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor ketika muda. Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa wajah Watie mirip seperti pelakon veteran, Delimawati.

Bagaimanapun, warganet mendoakan agar urusan untuk menuju hari bahagia mereka dipermudahkan selalu dan bahagia dunia akhirat. Sekadar info, Shuib telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Watie pada 6 Mei lalu dan bakal diijab kabulkan pada 23 Jun ini. Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin dan Ayash Affan.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.