Kemelut rumah tangga yang dihadapi Nurul Shuhada Mohd Shukri atau dikenali sebagai Shu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha demi anak-anak. Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi itu giat berniaga di media sosial dan mengeluarkan produk makanan yang diberi nama Shelup Shelup pada awal Ramadan lalu bagi menambah pendapatannya selepas tidak lagi tinggal sebumbung dengan suami. Namun, menerusi hantaran terbaru wanita berusia 29 tahun itu di Instagram, dia telah memaklumkan yang tidak akan lagi menjual Shelup Shelup dengan menutup pesanan untuk biskut keluarannya itu pada 1 Mei 2023.
Ujar Shu, dia akui mengalami banyak masalah sepanjang menjual produk makanan tersebut tetapi percaya bahawa itu semua perkara biasa dalam perniagaan. Tambahnya lagi, selepas ini dia mahu fokus melakukan Penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk produk terbarunya dan akan beralih kepada produk yang lain. “Su nak tutup terus order Shelup Shelup and nak focus untuk R&D product next Shu . kiranya , lepas ni dah takda dah Shelup Shelup Raya Box , Shelup Mini , or Shelup Single pouch . Shu nak move to a simpler yet very significant product,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, untuk mereka yang sudah memesan produk Shelup Shelup, semuanya akan diuruskan dan dihantar dalam masa dua minggu daripada tarikh sekarang. Shuhada dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha gigihnya dalam menambah pendapatan keluarga dan sangat menghargai semua yang sentiasa memberikan semangat kepadanya. “Terima kasih diatas semua support yang diberikan selama ni . Shu rasa dihargai sepanjang perjalanan Shelup Shelup .bagi yang dah order Shelup Mini RM59 , Shu akan start assemble semua , packing dan hantar dalam masa 2 minggu ni,” jelasnya.
Terdahulu, produk keluaran wanita berkenaan pernah dikritik kerana dikatakan terlalu mahal dan ramai yang tidak mampu untuk menyokong biskut tersebut disebabkan harganya. Susulan daripada itu, Shu mengatakan jika ada pihak merasakan produknya mahal, bermakna mereka bukanlah target pasaran untuk biskut yang dijualnya. Setakat ini, ibu kepada dua orang cahaya mata itu dilihat aktif membuat review berbayar di media sosial dan menjadi duta untuk beberapa produk.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.