Minta pensyarah buat kelas dalam talian sebab kolej tiada air, tapi apa yang pensyarah ni respon buat ramai yang bengang

Melakukan sesuatu perkara sampai membuatkan kita rasa tak selesa itu bukanlah dinamakan sebagai komited, jadi itu sebablah kenapa kena ada common sense. Tular di media sosial berkenaan dengan mesej daripada seorang pensyarah daripada universiti tempatan yang menganggap alasan yang diberikan oleh pelajar sebagai satu perkara remeh. “Tak perlu mandi, datang sahaja kelas, tak perlu umumkan bahawa anda mandi atau tidak.” Kakak kepada salah seorang penuntut universiti ini ada menunjukkan satu mesej untuk meminta pertimbangan daripada pensyarah untuk lakukan kelas secara online kerana kolej kediaman adiknya itu terputus bekalan air.

Difahamkan, masalah bekalan air itu berlaku sudah lama dan itu sebab mereka minta pertimbangan itu. Bagaimanapun pensyarah tersebut menggesa para pelajar untuk hadir ke kelas. “Maaf ya kelas seperti biasa, tidak perlu mandi datang kelas, tidak perlu umumkan bahawa anda mandi atau tidak, sebab kampus tetap tiada air meskipun sehingga akhir sem,” respon pensyarah tersebut.

Diaebabkan itu, kakak kepada pelajar ini anggap kenyataan yang diberikan oleh pensyarah tersebut memang tidak wajar. “Weh kesian ye adik aku. Kolej dia lama takde air. Lepastu ni respon one of the lecturer. Air bukan saja guna nak mandi weh. Amik wudhuk, cuci berak kencing, pastu perempuan kalau period, penderaan kemanusiaan namanya ni!”. Kakak kepada pelajar tersebut juga menunjukkan video seseorang cuba membuka paip tetapi tiada air. Menurutnya lagi, mereka ada buat laporan tetapi tiada maklum balas.

Memandangkan perkongsian ini tular sehingga meraih 10K shares dalam masa sehari, dia menerima mesej daripada beberapa orang mahasiswa di universiti tersebut yang mendedahkan mereka terpaksa angkut air sampai ke tingkat 4, malah ada yang mendakwa diugut oleh pihak universiti.

Di ruangan komen ramai warganet bengang dengan kenyataan yang diberikan oleh pensyarah tersebut, malah ada yang mahukan pihak terlibat untuk melakukan tindakan lanjut. Min harap adalah mana-mana pihak berkuasa peka dengan hal ini dan menjalankan siasatan. Mudah-mudahan pelajar di kampus itu baik-baik sahaja. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.