Muncul balik dalam tiktok sebagai hos sebuah farmasi, Mira akui semua orang layak dapat peluang kedua

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, yang memaparkan pemilik akaun @farmasieverlife yang sedang melakukan live di aplikasi TikTok bersama Mira. Live tersebut telah mendapat perhatian ramai setelah warganet mempertikaikan tindakan pemilik akaun tersebut yang menggunakan Mira sebagai hos live. Dari video tersebut, dapat dilihat rata-rata warganet telah bertindak tinggalkan komen kecaman di live tersebut yang mengaitkan Mira kepada kes bersama majikannya yang dikenali sebagai View Chin.

Walau bagaimanapun, Mira telah tampil bersuara mengatakan semua orang layak mendapat peluang kedua dalam kehidupan dan dia turut memberitahu bahawa dia sedang dalam usaha memperbaiki dirinya untuk menjadi lebih baik. “Semua orang deserve a second chance guys,” kata Mira ketika live tersebut. Dalam pada masa yang sama, Mira juga berkata bahawa dia pernah terfikir untuk membnh diri oleh kerana menghadapi kritikan dari warganet, namun dengan bantuan doktor @farmasieverlife itu, dia berjaya kuatkan dirinya.

“Datin banyak brainwash Mira. Mira kena macam ni. Mira kena macam tu. Kalau tak Mira dah lama bnh diri,” katanya. Mira turut memberitahu bahawa, dia bersyukur kerana susulan isunya menjadi viral, dia semakin dikenali ramai dan ramai yang ingin tahu mengenai dirinya itu. Rata-rata warganet melontarkan kata-kata semangat kepada Mira serta memberikan Mira ruang untuk kembali bangkit dalam industri yang diceburinya. Namun, ada juga warganet yang masih mengkritik Mira kerana tindakannya yang menjalinkan hubungan bersama bossnya itu.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.