Sibuk uruskan ank sampai terlepas pandang video yang dimuat naik nampak rambut, Mona Allen akui silap sendiri

SIBUK menguruskan anak menyebabkan pelakon Mona Allen terlepas pandang video yang dimuat naik di media sosial menampakkan sebahagian rambutnya ketika sedang bercuti. Sebagai wanita yang sudah berhijab, Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 38, berkata dia tidak sepatutnya mengambil mudah mengenai perkara itu. Justeru itu, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim ini akan lebih berhati-hati mengenai penampilannya di tempat awam selepas ini. “Video tersebut adalah ketika saya bawa anak bercuti di Langkawi. Mungkinlah dalam keadaan sibuk menguruskan anak itu saya terlepas pandang. Saya pun masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ada juga masa ketika saya keluar dekat dengan rumah saya tidak bertudung penuh,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mona diminta mengulas mengenai video tular memperlihatkan dirinya memakai hoodie ketika sedang bercuti dan mendapat kritikan banyak pihak.Dalam pada itu, Mona turut mengucapkan terima kasih atas segala teguran yang diberikan kerana setiap komen itu juga dianggap sebagai tanda masih ramai yang prihatin dan menyayangi dirinya. “Terima kasih kerana ramai yang ambil tahu fasal saya. Saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya masih lagi berhijab. “Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik video di laman sosial.

“Saya juga tidak membaca komen di media sosial selepas isu ini diperkatakan. Lebih baik diam daripada menambahkan rasa sakit hati dan marah kepada orang lain,” ujarnya. Sementara itu bercakap tentang kerjaya seni, Mona masih lagi memilih tawaran berlakon yang sesuai kerana fokusnya kini harus diberikan kepada menjaga anak sulungnya, Petra Pekin yang dilahirkan pada 31 Ogos tahun lalu. “Ada sahaja tawaran berlakon, tetapi banyak yang memerlukan komitmen masa panjang. Jadi saya belum sedia untuk terima.”Kalau ada tawaran kerja untuk tempoh masa pendek saya terbuka untuk terima sebab fokus saya sekarang adalah untuk anak di rumah,” jelasnya. Kredit: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.