Muat naik video ank patah tangan tapi ada pula yang persoalkan pasal bekas suami, sekali Rita punya respon buat ramai yang terdiam

Malang tidak berbau… itulah yang terjadi kepada anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin yang mengalami kecederaan sebaik sahaja mula persekolahan selepas cuti Raya Aidilfitri. Menerusi perkongsian Rita di Instagram, tangan anak lelakinya dikhabarkan patah dan kejadian itu berlaku sehari selepas kembali bersekolah pada minggu lalu. “Kejadian minggu lepas… hari pertama sekolah. Selepas break hari raya, Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan,” kongsi Rita. Bagaimanapun perkongsian Rita di laman sosial mendapat perhatian warganet yang dikatakan tidak henti bertanyakan mengenai bekas suaminya, Aidil Zafuan. Klik sini untuk lihat video.

Rita menerusi Instastory miliknya memohon warganet berhenti mengaitkan individu digelar ‘arwh’ yang dipercayai bekas suaminya dengan kehidupannya. “Sikit-sikit nak tag si ‘arwh’… sikit-sikit nak tanya ’si polan’ tak datang tengok ke?’ Adoi sudah-sudah la tu, korang pun. Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwh berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang? “Tak ada kan… 14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi, tak payah la no… nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” katanya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.