Tular pasal gambar Sharnaaz Ahmad atas pelamin, tak boleh berdiam ini pengakuan dari tuan badan

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah menepis dakwaan ramai yang mengatakan bahawa dia telah menamatkan zaman dudanya apabila dia dilihat memuat naik foto di atas pelamin bersama seorang wanita di Instagram miliknya. Mengulas lanjut tentang isu berkenaan, Sharnaaz berkata, perkongsian yang dimuat naik ke akaun Instagramnya itu hanyalah sekadar gurauan. “Tipu semua itu. Tiada apa pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini,” jawabnya.

Khabar angin tersebut menjadi bualan hangat warganet apabila mereka dilihat berpakaian sedondon iaitu biru muda sambil duduk di atas pelamin. Bukan itu sahaja, anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden turut kelihatan dalam foto berkenaan serta mengenakan baju melayu biru sedondon dengan bapanya. Apa yang menguatkan spekulasi warganet adalah, Sharnaaz turut menulis kapsyen menggunakan hashtag seolah-olah dia kini sudah bergelar suami.

“Maaf bukan lagi duda pilihan anda,” tulisnya. Walau bagaimanapun, difahamkan, posting asal yang dimuat naik ke akaun Instagramnya itu telah pun dipadam selepas beberapa minit ia menjadi tular. Terdahulu, hantaran yang dibuat oleh Sharnaaz telah mendapat perhatian apabila orang ramai mendakwa bahawa dia telah bertunang setelah dia dilihat mengenakan baju biru sedondon dan duduk di atas pelamin namun, posting itu telah dipadam selepas menjadi tular. Sumber: LobakMerah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.