Kongsi pengalaman masa siaran langsung dengan TPM, ramai yang puji sikap Zahid Hamidi sebab selamatkan air muka wartawan

Masih kecoh diperkatakan mengenai isu penyampai berita Astro Awani telah ‘disekolahkan’ oleh Datuk Hattan ketika siaran langsung untuk belasungkawa Allahyarham Mael XPDC. Tindakan Hattan ternyata mendapat kritikan hebat warganet sehinggakan baru-baru ini, ada yang membandingkannya dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang ternyata lebih ‘pro’ dalam menangani situasi. Menerusi posting Nadia Zaman, seorang wartawan BERNAMA di Twitter, dia telah berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi ‘blank’ secara tiba-tiba ketika sedang bersiaran langsung bersama TPM di sebuah rumah terbuka baru-baru ini. Klik sini untuk lihat video.

Menurutnya, dia hampir saja menyebut nama tempat Bagan Datuk kepada Bagan Lalang, namun mujurlah Datuk Seri Zahid dengan pantas memperbetulkan kesilapan yang hampir dilakukannya. “Saya sedang bersiaran langsung dengan Datuk Seri Zahid, dan dia telah menyelamatkan air muka saya. Saya tiba-tiba blank sebab dalam otak ingat Bagan Lalang. Sebelum tersebut cepat-cepat beliau betulkan Bagan Datuk. Hattan patut belajar dari pro haha. Bukan tak buat homework tau tapi blank sebab nervous,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia juga mudah jadi gemuruh apabila bersiaran langsung depan ramai orang seperti situasi di rumah terbuka tersebut. “Dulu pernah sidang media je, tanya soalan dekat menteri, tapi sebab ramai orang, tangan menggeletar sampai pen jatuh, tak boleh menulis langsung. Semalam jenuh control supaya tak menggeletar pegang mic,” katanya lagi. Perkongsian wartawan berkenaan telah mendapat pelbagai komen pujian kepada Zahid dan ada juga memberi kata-kata semangat kepada wartawan itu dengan mengatakan perasaan gementar merupakan perkara normal bila berhadapan dengan ramai orang.

Susah juga jadi wartawan ni, di samping kena tahu isu semasa, korang juga perlu berhati-hati supaya tak nervous sampai salah sebut nama tempat atau orang. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.