Tular sebuah video penyanyi, Sissy Imann membuat persembahan menyanyikan lagu Raya Oh Yeah dalam sebuah rancangan hiburan. Menyampaikan lagu nyanyian asal Yuna, persembahannya Sissy dikritik kerana netizen mendakwa lagu yang dibawakan seolah-olah tidak kena dengan suaranya.
Warganet membanjiri ruangan komen dengan memberikan pendapat mereka terhadap nyanyian Sissy dan ada yang sempat berseloroh menyokong tindakan Mas Idayu yang pernah memberi kritikan pedas berkenaan dengan nyanyiannya. Baru aku faham kenapa Mas Idayu Marah hari tu. Sedap lagi aku nyanyi
Memang peliklah siapa yang marah Mas Idayu hari tu,” tulis warganet. Terdahulu, nyanyian Sissy pernah dikritik oleh Mas Idayu ketika menyertai Famili Duo TV3 kerana tidak memberikan persembahan yang memuaskan. Warganet juga turut mendakwa Sissy ingin meniru cara nyanyian Yuna dan Aisyah Aziz.
Aisyah Aziz dan Yuna yang sesuai nyanyi macam ni. Dia nak tiru tone Yuna ni untuk lagu raya Yuna,” tulis warganet.Untuk info, Sissy menyertai rancangan Famili Duo bersama Naim Daniel dan berjaya berjaya mendapatkan tempat keempat. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.