Ramai yang tak sangka bila tular video budak 6 tahun bawa kereta dengan adik umur 3 tahun sejauh 2.5 km

Kecoh di media sosial malam tadi apabila tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak dilaporkan telah memandu kereta jenis Toyota Vios seorang diri di Jalan Bukit Tangga, Langkawi. Menerusi perkongsian di TikTok, dapat dilihat orang awam yang bimbang melihat pemanduan sebuah kereta yang kemudiannya terlibat dalam kejadian tak diingini. Namun apa yang mengejutkan penduduk sekeliling, pemandunya merupakan seorang budak lelaki berusia 6 tahun yang dikatakan memandu sejauh 2.5 km dari rumah bersama adiknya yang berusia 3 tahun.

Mereka dikatakan keluar tanpa pengetahuan ibu bapa untuk ke kedai bagi membeli mainan. Allahu…  Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari telah mengesahkan kejadian berkenaan yang dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang pada jam 11.15 malam. “Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Kampung Nyiur Chabang, terbabas dan kena tiang lampu berhampiran Kampung Titi Chanwang. Susulan itu, pemandu kereta luka di dahi, manakala penumpang tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Klik sini untuk lihat video.

Katanya lagi, kereta itu dipercayai dipandu kanak-kanak berkenaan dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, sejauh 2.5 km tanpa pengetahuan ibu bapa. Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Dalam pada itu, rata-rata warganet yang melihat video tersebut bersyukur tiada apa-apa yang buruk berlaku pada kanak-kanak berkenaan. Walau bagaimanapun, ramai yang terkejut dengan tindakan berani budak tersebut dan berharap ibu bapa lebih peka dengan tindak tanduk anak masing-masing selepas ini.

Nasiblah tak ada jadi apa-apa. Lepas ni mak ayah kena extra alert dengan keberadaan anak-anak. Risau kalau terjadi macam ni lagi. Kredit: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.