Viral pasal video pantai Tok Bali penuh dengan sampah, tak boleh berdiam ni pula respon dari Exco Kelantan

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah pantai peranginan di Kelantan yang mempunyai pemandangan yang indah namun dicemari dengan lambakan sampah. Video yang dimuat naik oleh selebriti tempatan Hani Farhana Mohd Hatim atau lebih dikenali sebagai Hunny Madu itu memaparkan sisi lain Pantai Tok Bali di Kelantan yang dilihat dipenuhi sampah walaupun pantai tersebut merupakan tarikan pelancong. Susulan isu tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Izani Husin merasakan perkara itu tak adil.

Menurut Astro AWANI, beliau berkata kawasan yang dirakamkan itu berada di bawah seliaan MDPP sentiasa dijaga oleh pihak yang diberi kontrak pembersihan. “Walaupun tanah di pantai berkenaan adalah milik persendirian, namun kami sudah mengarahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk membersihkan kawasan itu. “Kawasan yang kotor di pantai kebanyakannya adalah tanah persendirian yang tidak dijaga dengan baik. Apabila ada sampah, orang akan ambil gambar dan tular bagi menampakkan Kelantan kotor. Jadi orang akan salahkan kami (kerajaan negeri) dan ini tidak adil kepada kami,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Selain itu, beliau turut berkata pembuangan sampah harian di seluruh Kelantan adalah sekitar 1,200 metrik tan sehari dan telah meningkat empat kali ganda ketika Ramadan serta Aidilfitri. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.