Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak mengakui dirinya mempunyai keinginan untuk mendirikan rumah tangga dan hidup berpasangan seperti kenalan rapatnya yang lain. Ketika ditemui, Zizan bagaimanapun berkata, disebabkan jadual kerja yang begitu padat menyebabkan dia kekangan masa untuk mencari pasangan hidup. Malah, kata Zizan, ibunya juga pernah mengajukan soalan mengenai perkara tersebut. “Susdah pasti saya ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga macam kawan-kawan lain, saya juga ada nafsu.
Saya tiada masa sebenarnya untuk itu, mungkin Allah beri saya rezeki yang lain. Setiap kali masuk sahaja tahun baru, jadual kerja saya akan penuh dan padat hingga hujung tahun. Nak bercinta pun tak sempat, kadang mak saya pun ada tanya, cumanya apa yang mak saya inginkan itu masih tidak dijumpai.” Zizan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Polis Evo 3 yang diadakan di TGV, KLCC, pada malam Khamis. Dalam masa sama, pemilik nama penuh Mohd Razizan Abd Razak akui khuatir sekiranya bakal isteri tidak boleh memahami kerjayanya sebagai seorang pelawak dan pelakon.
Malah, pelawak berusia 37 tahun itu menjelaskan, dirinya mempunyai karakter yang berbeza dan menjadi lebih serius apabila di luar waktu bekerja. “Kerja saya bukan semua orang faham, balik tiga empat pagi. Siapakah bakal isteri yang boleh faham kerjaya saya ini sebagai pelawak. Saya banyak fikirkan orang, bukan mahu diri saya sahaja yang sempurna, tetapi saya mahu dia juga menjadi seorang yang sempurna. Kalau saya diberi peluang untuk berkenalan dengan seseorang, saya akan beritahu dia kerjaya saya bagaimana yang sebenarnya. Depan TV saya memang kelakar, tetapi di belakang, saya adalah orang yang sangat serius. Orang tidak ramai tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang tak betul. Hanya kerana ada kelebihan buat lawak, selainya sperti orang biasa.
Saya takut tanggapan bakal isteri tidak sama seperti saya di dalam TV. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak, perlu terima saya luar dan dalam. Disebabkan saya banyak fikir pasal jodoh, saya ambil keputusan untuk fokus dulu pada kerjaya. Berkongsi mengenai pembabitannya dalam filem Polis Evo 3, Zizan mendedahkan dirinya mengalami kelukaanpada beberapa bahagian badan selain terpaksa dimasukkan ke wad akibat jangkitan wabak Influenza A.
“Banyak kecederaan yang saya alami, ada yang saya ingat ada yang tidak. Antaranya, tangan saya, dalam salah sebuah babak yang saya buat tangan saya terseliuh. Cedera itu ibarat perkara biasa walaupun rasa sangat sakit. Yang saya ingat mereka sediakan pihak medik di situ. Tiada kejadian yang tak diingina yang begitu serius saya alami. Saya juga perlu berehat disebabkan terkena wabak Influenza A sebelum kembali masuk set waktu itu. Saya masuk hospital, kena tahan wad. Doktor bagi dua minggu rehat tetapi saya rehat seminggu sahaja kemudian masuk semula set. Polis Evo memang buat saya semangat untuk kembali kuat.”
Polis Evo 3 bakal menjengah 165 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini. Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini mengangkat kredibiliti pasukan polis negara dan Polis Evo 3 masih mengekalkan elemen aksi komedi. Selain Zizan, turut membintangi filem itu ialah Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish dan ramai lagi.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.