Black Hanifah 3 tahun usaha simpan duit untuk beli kapal mewah, sekali ada yang petik isu pkp dulu

Penyanyi, Black Hanifah berkongsi tentang kapal layar yang dibelinya hasil daripada kerja kerasnya selama ini. Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhamad Hanafiah menceritakan bagaimana dia bersusah payah sebelum membeli kapal layar itu. “Masa saya mula-mula jadi penyanyi dulu, mungkin saya hanya mengharapkan duit saya daripada persembahan, kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Saya hanya harapkan duit itu. Klik sini untuk lihat video.

Saya dah mula belajar disebabkan Covid-19, banyak benda yang saya belajar. Kita kena pelbagaikan, kita kena usaha dan gandakan duit yang ada dan juga perniagaan yang ada, ‘multipurpose’ kita punya pendapatan.” Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu turut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa kapal yang dibelinya adalah sebuah kapal mewah yang besar. Black juga mendedahkan bahawa dia mengumpul duit selama tiga tahun untuk membeli kapal layar tersebut. “Jadi inilah dia kapal layar yang digembar gemburkan itu, yang mereka tunjuk bukan main la besar gla, tapi tidaklah sebesar itu.

Kapal ini jenis Midnight Lace 52..mereka cakap ‘Black cuci duit, beli kapal layar besar, patutnya pergi tolong orang miskin la daripada beli itu’.. sebenarnya bukanlah sebesar itu. Macam yang saya cakap, insya-Allah mampu milik sebenarnya. Benda ini kalau kita usaha, kita simpan..boleh. Cuma masa, sama ada cepat ataupun lambat. Lebih kurang tiga tahun lebih baru saya dapat beli kapal ini.

Menjengah ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi antaranya ada yang mengungkit kembali kenyataan pelantun lagu Sofea Jane itu tentang bantuan kerajaan yang perlu diberikan kepada para artis ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu. Bagaimanapun Black telah memberi penjelasan berhubung isu berkenaan dengan mengatakan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir oleh warganet dan dia bertindak menyuarakan tentang bantuan tersebut adalah untuk kebaikan semua penggiat seni. Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang mendakwa penyanyi itu memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi. Dakwaan tersebut turut mempersoalkan kemampuan Black untuk membeli aset itu sehingga tercetus spekulasi dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.