Boleh tengok wayang dengan si bulus, di Thailand buka pawagam pertama yang boleh bawa haiwan peliharaan

Individu yang membela haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing pasti pernah berhadapan dengan situasi di mana si bulus menemani anda menonton televisyen. Cuba bayangkan jika anda boleh membawa si bulus ke pawagam, best kan? Pada awal bulan Jun, pawagam mesra haiwan peliharaan pertama di Thailand dibuka kepada orang awam di Thailand. Pawagam i-Tail Pet ini adalah hasil kerjasama francais pawagam, Major Cineplex Group Plc dan syarikat makanan anjing dan kucing, i-Tail Corporation Plc.

Menurut peraturan yang ditetapkan, hanya haiwan peliharaan bersaiz kecil dan sederhana yang dibenarkan untuk masuk ke pawagam bersama tuan mereka. Haiwan peliharaan juga mestilah berumur atas 4 bulan, sihat, tidak berbau, tidak agresif serta memiliki berat tidak melebihi 15 kilogram (kg). Haiwan peliharaan yang dibawa juga perlu memakai lampin pakai buang sepanjang filem ditayangkan. Difahamkan, pihak pawagam akan menyediakan ruang untuk pemilik memakaikan haiwan peliharaan mereka lampin sebelum memasuki panggung wayang.

Untuk membuatkan pawagam mesra haiwan, lampu akan dinyalakan sepanjang filem berlangsung, di samping kelantangan bunyi dari pembesar suara dikurangkan sebanyak 30 peratus. Mungkin ini kedengaran agak lucu kerana haiwan peliharaan tidak akan menonton filem yang ditayangkan, namun ia sesuai buat individu yang mahu meluangkan masa bersama si bulus tercinta.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.