Muat naik video buat aktiviti bersama, Datin Shahida seronok tengok persahabatan antara Qadejah dengan Uwais

Isteri usahwan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida akui seronok melihat persahabatan di antara anak perempuannya, Qadejah dengan anak sulung pelawak Shuib iaitu Uwais. Kata Shahida dia tidak menghalang mereka berkawan kerana mendedahkan anak perempuannya juga tidak ramai kawan lelaki. “Mula mula malu malu, dah lama baru la jadi kawan. Seronok tengok @qadejah_terlajaklaris dengan Uwais buat aktiviti di @sugehecoresort Janda Baik. Klik sini untuk lihat video.

“Nak berkawan tak salah, kawan lah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dekat sini. “Qadejah ni tak ramai mana pun kawan dengan lelaki. Bukan sombong tapi malu,” katanya. Shahida berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu dia memuat naik potongan video anaknya dengan Uwais yang melakukan aktiviti di resort miliknya bersama-sama. Video itu berlatarbelakangkan lagu Siti Sarah Raisuddin.

Anatara aktiviti yang mereka lakukan adalah berkuda, main permainan ATV, flying fox dan banyak lagi. Difahamkan anak-anak Shuib bercuti di tempat percutian milik Aliff Syukri itu sementara Shuib dan Watie sedang berbulan madu di Langkawi. Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata suka melihat hubungan mereka berdua. “Korang nanti kalau ada jodoh . Pre wedding dah siap eh. Hehehe. Acik gurau,” komen seorang pengikutnya. “Comel betol.. Saya pulak yang tersenyum sorang-sorang,” kata seorang warga maya ”Suke tengok Qadeejah cara dia bercakap , sopan dan matang,´puji seorang warganet.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.