Tular video masa Dini lamar Janna Nick, tapi reaksi Janna tu buat ramai yang terhibur

Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schaztmann sekali lagi jadi perhatian warganet apabila tular video lamaran mereka di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan mereka sedang menaiki belon panas dan Dini kemudiannya melamar Janna. “Saya akan tunjukkan kepada awak setiap hari bahawa sepanjang saya hidup, ini adalah cinta saya buat selama-lamanya, Insya-Allah. Sudi tak awak berkahwin dengan saya sayang? Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sebak dan menangis selepas dilamar oleh aktor tersebut namun Janna juga kelihatan keliru untuk menjawab lamaran itu. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu tetap menerima cincin yang disarungkan oleh Dini. Dalam pada itu, Dini mendedahkan bahawa cincin yang diberikan adalah bukan cincin sebenar kerana risau cincin tersebut terjatuh ketika mereka berada di atas belon panas tersebut. “Saya takut nak bawa cincin yang betul, takut jatuh dari atas sini. Tapi awak pakai yang ini dulu okay?”

Komen Warganet:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sambil berseloroh berkata pelantun lagu Gatal itu kelihatan seperti dipaksa untuk berkahwin kerana sedang berada di atas udara dan tiada pilihan lain selain bersetuju dengan lamaran Dini. Warganet juga turut mendoakan pasangan itu dan menurut mereka Janna berhak untuk mendapatkan kebahagiaan kerana dia pernah mengalami trauma semasa ibu dan bapanya berpisah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.