Sekali lagi air tangan Ira Kazar dapat pujian, lepas masakan sotong tumis kali ni Taufu Fa pula dipuji

Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar. Terrbaru, sekali lagi ‘air tangan’ Ira, 27, jadi perhatian warganet di media sosial. Menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Wiwie Darvienda Mazweena, dia berkongsi keenakan taufu fa yang dimasak oleh Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin. “Subhanallah Subhanallah. Dulu masa saya duduk sana, tak pernah pun adik ipar saya masak untuk saya. “Lain macam eh dia sekarang. Lemaknya rasa.”

Dalam pada itu, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi memberi respon dengan ‘repost’ hantaran terbabit. Baru-baru ini, nama Ira kembali hangat diperkatakan apabila akhirnya memuat naik gambar Syamsul, 39, di Instagram Story, selepas sekian lama mendiamkan diri. Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand. Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.