Muat naik video promosikan barang, tapi benda ni pula yang warganet nampak pada isteri MK Kclique

Pasangan pengantin baru, MK K-Clique dan Siti Hajaar masih menjadi perhatian memandangkan ramai yang suka melihat pasangan dua sejoli ini. Kali ini, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan telah berkongsi video mempromosikan produk makanan dengan berkongsi momen sweet bersama isteri. Dalam video tersebut, MK telah menunjukkan sisi romantis apabila memberikan sejambak bunga mawar dan memasakkan menu istimewa dari produk makanan yang dipromosi khas untuk isteri tercinta. Klik sini untuk tengok video.

Dengan penampilan yang sopan dan mekap yang minimalis, Siti Hajaar dipuji ramai kerana sangat cantik lebih-lebih lagi dengan aura pengantin baru.Mereka juga akui tersenyum sama melihat pasangan ini yang tidak berlebihan dalam menunjukkan kemesraan. Untuk rekod, penyanyi rap terkenal itu telah mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin pada 16 Jun 2023.

Mereka telah selamat diijab qabulkan di Masjid Jami’l Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor. MK telah memberikan mas kahwin berjumlah RM302 kepada Siti Hajar beserta seutas gelang tangan emas. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.