Terkini kerajaan Selangor setuju untuk berikan cuti tambahan pada hari jumaat sempena Aidiladha

KERAJAAN Selangor bersetuju memberikan cuti tambahan kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini pada Jumaat sempena perayaan Aidiladha. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan itu diberikan berikutan pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha pada Khamis bersamaan 10 Zulhijjah 1444 Hijrah. “Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, cuti tersebut diberikan selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). Bagaimanapun, Haris berkata, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265). “Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri Selangor,” katanya lagi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.