Minta Watie fokus untuk jaga anak anak je, rupanya Shuib akan ke Turkiye lepas berbulan madu di Langkawi

PASANGAN pengantin baharu Shuib dan Watie tidak merancang untuk segera memilik cahaya mata sendiri selepas sah bernikah pada malam Jumaat. Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, buat masa ini Shuib meminta dia memberi tumpuan menjaga empat cahaya mata pelawak itu hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. “Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” katanya.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam pada Jumaat. Bercakap lanjut Shuib memberitahu buat sementara waktu dia lebih senang membiarkan ibunya menjaga anak bongsu iaitu Ayash Affan yang kini berusia 2 tahun. Tambah pelawak dan penyampai radio Suria FM ini, dia tidak mahu isterinya itu terlalu sibuk bekerja sehingga tanggungjawab terhadap anak-anak terabai.

“Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin akan melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus beri fokus kepada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai. “Uwais (anak sulung) sekarang ini dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu bapa,” ujarnya. Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar, Shuib juga tidak menyangka banyak pihak yang tampil untuk bekerjasama sebagai penaja memeriahkan acara yang dirancang sederhana itu. “Mula-mula memang rancang sederhana sahaja, namun dalam perjalanan menguruskan majlis banyak rezeki masuk untuk menaja. “Ini adalah yang terbaik untuk saya dan isteri. Syukur semuanya berjalan lancar dan tetamu gembira di majlis kami,” jelasnya.

Untuk rekod, majlis pernikahan bertemakan dusty pink itu mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barang kemas. Sementara itu, pasangan memilih Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi berbulan madu sebelum sekali lagi akan bercuti bersama anak-anak di Turkiye. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.