Seorang wanita panik apabila rumahnya di masuki monyet kelaparan.

Seorang wanita panik selepas mendapati kediamannya di Taman Gaya Merak, Bukit Rotan di sini, dimasuki seekor monyet yang dipercayai kelaparan mencari makanan, semalam. Kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu disedari mangsa berusia 30-an yang melihat haiwan berkenaan di dalam rumah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 6.59 petang.

Katanya, monyet itu dipercayai memasuki rumah berkenaan melalui pintu depan yang terbuka. Wanita itu memaklumkan haiwan berkenaan memasuki kediaman kerana kelaparan.

Haiwan itu berjaya ditangkap dalam tempoh tiga minit dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jelas beliau, monyet yang ditangkap itu kemudian dilepaskan ke habitat asal. Kredit Kosmo Online.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.