Ribuan ikan terdampar sepanjang Pantai Teluk di selatan Texas.

Beribu-ribu bangkai ikan Menhaden ditemukan terdampar di sepanjang Pantai Teluk di selatan negeri Texas, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik media tempatan. Bangkai ikan itu ditemukan terapung di hujung Bryan Beach, berhampiran muara Sungai Brazos, kira-kira 9.7 kilometer (km) dari Taman Daerah Pantai Quintana.

Pegawai Taman Daerah Pantai Quintana berkata perairan cetek dan kekurangan cahaya matahari mewujudkan “ribut sempurna” yang mengurangkan tahap oksigen di pantai.Walaupun usaha pembersihan dilakukan secara berterusan, beribu-ribu lagi ikan dijangka hanyut ke darat, lapor media tempatan.

Kredit Bernama. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.