Nombor pendaftaran kenderaan FF1 menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Nombor pendaftaran kenderaan ‘FF1’ menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, selepas berjaya membidanya dengan tawaran tinggi.Nombor pendaftaran berkenaan adalah turutan nombor baharu bagi Putrajaya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, hari ini, yang mempersembahkan nombor pendaftaran kenderaan ‘FF1’ itu kepada baginda secara simbolik.

Pada 1 Julai 2016, Sultan Ibrahim memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘F1’ iaitu turutan nombor baharu bagi Putrajaya pada nilai RM836,660. Baginda secara sah menjadi pemilik nombor pendaftaran ‘VR46’ dengan nilai bidaan tertinggi iaitu RM55,002.20 pada 8 Februari 2017.

Sementara itu, Loke dalam kenyataan di Facebooknya berkata, Sultan Ibrahim berkenan membayar RM1.2 juta kepada kerajaan bagi nombor khas itu. Untuk rekod, ia adalah nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan.

Bayaran ini menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.