Tular rakaman Layang-layang tersangkut pada sayap pesawat.

Seorang penumpang syarikat penerbangan Garuda Indonesia mengesan sebuah layang-layang yang tersangkut pada sayap pesawat yang dinaikinya, lapor laman berita Detik semalam. Video kejadian itu dimuat naik oleh penumpang bernama Ricky Suhendar dalam akaun TikToknya.

Menurut Ricky, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu dalam penerbangan GA 114 dari Jakarta ke Palembang. Selepas melihat layang-layang itu, Ricky segera memaklumkannya kepada pramugari tetapi dia tidak segera memaklumkannya kepada juruterbang.

Mereka bernasib baik apabila seorang pegawai di landasan memberi isyarat kepada juruterbang dengan melambai dan menyilangkan tangannya.

Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk menangguhkan penerbangan supaya masalah itu diselesaikan. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut