Ketika tumpuan diberikan kepada Amber Yong, pelumba remaja trek wanita, Nur Alyssa Mohd Farid tidak disangka berjaya menghadiahkan kontinjen negara pingat perak dalam acara final keirin wanita remaja Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) sebentar tadi.
Alyssa menjadi pelumba kedua melintasi garisan penamat di belakang wakil Korea Selatan, Na Yunseo sekali gus menggembirakan penonton yang hadir ke Velodrom Nasional. Sebelum ini Amber menjadi pilihan untuk menyerlah selepas membawa pulang tiga emas di Piala Trek Antarabangsa Hong Kong namun dia gagal mara ke final dan hanya menduduki tempat ketujuh keseluruhan.
Sementara itu, seorang lagi pelumba Korea Selatan, Kim Doye melengkapkan kedudukan podium dengan menduduki tempat ketiga. Saya sangat gembira dengan kemenangan pada hari ini kerana kita tahu pencabar yang sertai ACC sangat hebat. Tetapi saya tetap cuba untuk lakukan terbaik untuk dapat pingat di sini tetapi dua pencabar dari Korea Selatan benar-benar hebat.
Apapun, pingat perak yang capai dalam acara keirin ini adalah yang terhebat dalam karier saya kerana ini adaah penampilan pertama saya di pentas ACC dan juga kejohanan antarabangsa. Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan prestasi saya kerana saya baru menyertai latihan secara penuh dalam tempoh sebulan. Saya harap mampu mengekalkan aksi terbaik sekali lagi esok.
Selepas ini saya ada lagi dua acara dan saya cuba untuk dapat medal dalam acara 500m ujian masa dan juga podium dalam acara pecut. Pecut adalah acara kegemaran saya, jadi saya mahu lakukan terbaik,” katanya.
Satu lagi pingat yang disumbangkan pelumba remaja, Intan Suraya Tokiman ialah melalui perlumbaan scratch wanita di mana dia berjaya merangkul gangsa. Bagi saingan perlumbaan penyingkiran, Mohd Harrif Saleh hanya berpuas hati di tempat kelapan dalam satu-satunuya acara yang disertai jaguh lebuh raya itu.
Emas dalam acara berkenaan diraih Eiya Hashimoto dari Jepun, manakala perak menjadi milik pelumba Kazakhstan, Ramis Dinmukhametov dan wakil Taiwan, Leung Chun Wing meraih gangsa.
Bagi saingan para, gandingan Nur Suraiya Muhammad Zamri-Farina Shawati Mohd Adnan berjaya membolot emas dalam acara satu kilometer ujian masa wanita selepas mencatat masa satu minit 11.47 saat (s), selepas mengetepikan rakan senegara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nurul Suhada Zainal (1:11.552s).
Gangsa milik wakil Indonesia, Sri Sugiyanti-Ni’mal Maghfiroh selepas mencatat masa 1:12.974s. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.