Afiq Muiz berkongsi berita duka bahawa ibunya disahkan menghidap penyakit kanser payu dara.

Pelakon, Afiq Muiz berkongsi berita duka apabila ibunya, Hasliza Mohd disahkan menghidap penyakit kanser payu dara dan dalam masa sama kehilangan abangnya.  Menurut Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Muiz, 31, dia juga terpaksa berehat sementara waktu dari dunia lakonan bagi menjaga ibu dan anak buahnya itu.

Secara jujurnya, kekuatan saya datangnya dari emak dan anak buah. Sebenarnya abang saya baru saja meninggal dunia, jadi saya mempunyai tanggungjawab menjaga seorang anaknya. Dalam masa sama, emak saya juga menghidap kanser payu dara. Dia baru menjalani  pembedahan sekitar tiga minggu lalu dan ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini selain saya dan adik beradik saya. 

Justeru, buat masa ini, saya tidak mengambil mana-mana undangan berlakon kerana saya perlu menjaga emak, walaupun sudah hampir sebulan dia menjalani pembedahan,” katanya kepada Harian Metro.

Afiq berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula permohonan tuntutan cerai secara fasakh oleh isterinya, Pachara Apin atau nama islamnya, Nur Aaira Mahdeya, 32, di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, petang tadi. Berdepan dengan satu demi satu dugaan hidup, Afiq turut mengakui semua itu mendewasakan dirinya dan tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang yang gagal. 

Bagi saya kehidupan ini memang ada ujian, kita kena kuat menghadapi ujian yang ada dalam dunia. Saya tidak pernah berasa diri ini gagal dan saya harap ini adalah jalan terbaik buat saya,” katanya.  Terdahulu, Pachara memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, Pachara turut membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar mukanya sebanyak lima kali, selain menendang perut dan menumbuk dagu sebanyak dua kali. Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.