Sharifah Sakinah beri amaran terakhir buat wargamaya soal anaknya jadi bahan cerita.

Pelakon, Sharifah Sakinah tampil bersuara kepada netizen selepas tular video di media sosial mengenai anak perempuannya, Anais Adha kakaknya yang juga pelakon, Sharifah Shahirah.

Menurut Sakinah menerusi hantaran di Instagram, dirinya tidak kisah menjadi bahan kutukan, namun tidak kepada seorang kanak-kanak. Kesejahteraan anak perempuannya menjadi keutamaan, Sakinah menyatakan bahawa dirinya sedih menyaksikan ‘buli’ yang ditujukan kepada kanak-kanak yang baru berusia enam tahun.

Menyifatkan kenyataan yang diberikan sebagai amaran terakhir terhadap netizen, pelakon ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar mempunyai sifat belas kasihan berbanding menjatuhkan diri satu sama lain.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Pelakon, Sharifah Sakinah tampil meluahkan rasa berang terhadap komen netizen yang mengkritik penampilan rambut anak perempuannya, Anais Adha. Sakinah menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik tangkap layar headline portal berita tempatan mengenai anak perempuannya dan menyifatkan netizen yang mengejek Anais itu adalah ‘sakit’.

Pelakon ini turut mengajak pengikutnya di Instagram untuk berbincang mengapa masih ada orang yang mengutuk gaya rambut Afro anak perempuannya itu.