TUGAS sebagai seorang penghantar makanan bermotosikal (rider) sememangnya tidak dapat ‘lari’ daripada pelbagai risiko. Selain cuaca yang tidak menentu, ada kalanya jika nasib kurang baik, mereka terlibat dengan kecelakaan ketika sedang bertugas. Namun atas dasar amanah yang tergalas di bahu, golongan ini tetap komited melakukan yang terbaik demi pelanggan. Begitulah juga dengan seorang rider syarikat penghantaran GrabFood ini.
Menerusi satu perkongsian di grup Facebook GrabFood Rider Malaysia, lelaki itu berkongsi kisahnya yang ditimpa kejadian tak diingini ketika dalam perjalanan untuk menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan. “Cerita dia waktu saya on the way untuk hantar order ke rumah customer ni (Nazurah). Saya hampir terbabas sebab kena bonggol, jalan yang saya guna agak gelap dan jarang lalu. “Jadi, saya memang tak perasan ada bonggol dekat situ. Dah la tengah bawa laju waktu tu. Dipendekkan cerita, habis semua barang-barang saya bersepah atas jalan sekali dengan makanan akak ni.
“Perkara pertama yang saya buat, saya terus call customer, beritahu dia perkara sebenar. Saya tanya dia makanan ni nak saya beli baru ke?. “Akak tu cakap tak payah, saya anggap tak ada rezeki, yang penting awak baik-baik je,” kongsi rider tersebut ketika mengimbas kembali kejadian yang menimpanya baru-baru ini. Disebabkan rasa bersalah, rider itu berkata dia sekali lagi meminta maaf kepada pelanggan tersebut sebaik sahaja tiba di rumahnya. Namun dia benar-benar tidak menyangka respons yang diberikan pelanggan wanita berkenaan.
“Saya minta akak tu halalkan makanan yang terjatuh tu. Saya dah suggest dekat akak tu suruh pergi help center untuk claim balik duit sebab akak ni bayar guna Grab Pay. “Tapi dia cakap tak apa, akak okay saja. Lepas settle semua, saya perasan akak ni siap tambah tip lagi. “Walaupun kecil nilainya, tapi akak ni tetap tunjuk yang dia hargai kerja keras kita semua sebagai rider ni,” kongsinya lagi. Tidak berniat untuk meraih pujian, namun ujar rider berkenaan, perkongsian kisahnya itu hanyalah sekadar peringatan buat rakan-rakan seangkatannya mengenai kepentingan bersikap amanah dalam pekerjaan.
“Mungkin kelihatan remeh tapi tak semua orang ada sikap macam ni. “Jadi, moral of the story, kalau kita ada buat salah, kita tak sengaja tumpahkan makanan customer atau apa sekali pun, jangan senyap macam tu saja… kalau boleh beritahu baik-baik. “Minta maaf dan minta halal atas kerugian makanan tu. Semoga apa yang kita lakukan ni dapat keberkatan dalam setiap rezeki yang kita perolehi,” akhirnya. Perkongsian berkenaan dihujani ratusan komen dengan rata-rata warga maya memuji sikap rider berkenaan yang amanah dan jujur mengakui kesilapan.
Malah mereka turut meluahkan rasa kagum dengan sikap pelanggan wanita berkenaan yang diibaratkan ibarat satu dalam seribu. “Dalam 10 juta manusia, ada la 200 ke 300 orang macam akak ni. Kau sangat bertuah jumpa orang limited macam ni. “Sebab itu sebagai rider, walau macam mana pun kena ada adab. “Kamu jujur dan penyantun… moga peribadi baik ini istiqamah. “Aku sangat hargai dan akan ingat customer macam ni,” demikian antara komen warganet.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.