Sebelum ini, Ryzal Ibrahim ditegur oleh warganet kerana pemakaian yang ditunjukkan kepada warganet.
Video bertemakan ‘get ready with me‘ itu telah menujukkan Ryzal menyarung satu set baju serta seluar pendek selepas memakai celana ketat panjang di bahagian dalam. Dalam kapsyen video tersebut, Ryzal memberitahu bahawa pemakaiannya itu adalah salah satu cara memakai seluar pendek patuh syariah.
Bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan itu tidak dipersetujui oleh warganet dan rata-rata menganggap pemahaman suami Maryam itu kurang tepat.
Tidak mendiamkan diri, Ryzal tampil pertahankan diri dengan memuat naik satu video dengan menyatakan tip untuk memakai seluar pendek mengikut syariah. Dalam video tersebut, Ryzal memakai seluar panjang yang longgar bewarna hitam sebelum mamakai seluar pendek.
Katanya, pemakaian kali ini tidak seperti pemakaian sebelum ini yang dikatakan membalut aurat. Video tersebut mendapat teguran dan kecaman dari salah seorang warganet yang menyatakan tindakan Ryzal tersebut seolah-olah menhina pamakain mengikut syariah.
Ryzal membalas komen tersebut dengan menyatakan dia menunjukkan cara sebetulnya memakai pemakaian patuh syariah dan tiada niat untuk menghina. Kecaman dari salah seorang warganet tersebut mendapat tentangan dari netizen dan peminat Ryzal. Ramai yang tampil dan ‘back up’ Ryzal dengan menjelaskan kembali video tersebut.
Selain kecaman, rata-rata warganet terhibur dengan video yang dimuat naik oleh Ryzal tersebut. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.