Gelekan Baby Shima Dan Aliff Syukri Undang Kecaman warganet.

Satu video yang baru sahaja dimuat naik Aliff Syukri mendapat kecaman wargamaya. Seperti tak pernah serik, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mengundang kecaman netizen apabila memuat naik video di Instagram miliknya. Dalam video tersebut, kelihatan Aliff Syukri bersama dengan Baby Shima sedang rancak bergelek.

Warganet bagaimanapun kembali mengingatkan Aliff Syukri tentang luahannya sebelum ini yang dikatakan mahu bertaubat dan mula berfikir tentang kematian. Malah ada juga yang meluahkan rasa kesal dan kasihan terhadap isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida yang sering terkena tempias gara-gara perbuatan suaminya itu.

Dalam masa sama sesetengah pihak merasakan sudah mula benci dengan kontroversi yang sengaja dicipta oleh Aliff untuk meraih perhatian ramai. Sebelum ini, Aliff dan Shima pernah dikatakan bermasam muka namun kembali berbaik dan tampil dalam sebuah lagu bersama.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.