Penyanyi, Shila Amzah akui kurang senang dengan penggunaan tanda pagar #ShiBai yang menggabungkan namanya dengan tunangnya, Ubai MZ yang digunakan oleh warganet di laman sosial. Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia pernah menasihati orang ramai mengenai perkara itu memandangkan sebutan tanda pagar berkenaan kedengaran kurang sopan. Malah, tegas penyanyi berusia 33 tahun itu, sekiranya orang ramai masih menggunakan tanda pagar tersebut, dia menyifatkan tindakan sedemikian sebagai orang yang tidak mempunyai akal.
“Hashtag itu (#ShiBai) bunyi tidak elok, kemudian orang ramai suka buat main dengan perkara itu. Jadi saya tidak suka. Dan saya tiada masalah untuk beritahu orang yang saya tidak suka. Orang kena hormat yang saya tak suka. Kalau mereka buat juga maknanya mereka tiada otak, setidaknya saya dah beritahu saya tidak suka hashtag itu. Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di Instgaram miliknya baru-baru ini.” Sementara itu, pelantun lagu Patah Seribu itu turut dilihat ada tinggalkan komen pada sebuah hantaran di Instagram MeleTop dengan meminta untuk menukar penggunaan tanda pagar #ShiBai.
“Kena tukar ni hashtag ini, dah tak nak gabung-gabung nama ya. Ubai dan Shila Amzah je cukup. Terdahulu, Shila selamat mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang juga pempengaruh media sosial dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 26 Mei lalu. Pasangan itu difahamkan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun disahkan berpisah pada Februari 2022. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.