Legenda skuasy wanita negara, Dauk Nicol David dinobatkan sebagai pemenang anugerah Personaliti Sukan Paling Dipercayai di Malaysia Reader’s Digest 2023, semalam.
Berkongsi penghormatan itu dalam Facebook rasminya, Nicol, 39, berkata beliau amat bangga kerana telah diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.
Saya rasa sungguh istimewa selepas empat tahun bersara dan seperti yang anda tahu kehidupan dan tumpuan penuh kini terhadap yayasan saya dalam pembangunan akar umbi dalam sukan tersebut.
Terima kasih Malaysia, anda terus memberikan saya kebahagiaan dan terima kasih Reader’s Digest,” katanya. Bekas ratu skuasy negara itu turut menyebut bagaimana ibu bapanya percaya terhadap sikap boleh dipercayai lebih penting daripada gelaran, justeru anugerah yang diterima malam tadi merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam hidupnya.
Saya amat rendah hati bahawa Malaysia dapat melihat nilai ini dalam diri saya dan akan terus berusaha gigih untuk menyumbangkan kembali kepada negara yang telah banyak memberi sumbangan dan sokongan terhadap saya,” kata bekas juara dunia sebanyak lapan kali itu.
Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.