Video Shuib Melayan Watie Penuh Manja Raih Perhatian Wargamaya.

Sifat manja merupakan sifat yang perlu ada pada pasangan suami isteri bagi menggambarkan kasih sayang antara satu sama yang lain. Sebaik-baik ikutan yang perlu kita contohi ialah junjungan besar Baginda Rasulullah. Ini kerana kehidupan Baginda Rasulullah penuh dengan kasih sayang sesama keluarga.

Dalam mengurus dan mengendalikan rumah tangga, Rasulullah sentiasa bergaul secara baik dengan isteri dan ahli keluarga. Baginda sentiasa mendidik, berlaku adil serta berlemah-lembut terhadap isteri-isterinya termasuk tidak pernah memukul dan menghina mereka sebaliknya sabar dengan kerenah serta sentiasa menyuruh ahli keluarga melakukan kebaikan.

Sebenarnya kebanyakan masyarakat kita masih lagi tidak faham akan maksud dan tujuan bermanja-manja antara pasangan suami isteri. Ini disebabkan malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantik dan kering dalam bercinta.

Berbahas soal ini, umum mengetahui bahawa tidak lama lagi, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib, 39, bakal diijabkabulkan dengan tunangnya, usahawan Watie Hanifiah, 35, selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu.

Walau bagaimanapun, penampilan Watie kerap mendapat kritikan daripada warganet yang berasa kurang senang dengan pakaiannya yang selalu mengikut bentuk badan sebelum ini. Namun Shuib beranggapan tidak salah membuat pilihan kerana dirinya lebih tahu baik atau buruk setiap keputusan dilakukan.

Katanya, dia tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak. Terkini, tular video Shuib dan Watie yang dilihat begitu mesra dan manja di laman TikTok.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat berasa begitu teruja melihat karenah dua pasangan yang sedang hangat bercinta yang begitu romantis sehingga ada yang mula terubat akan rasa rindu mendengar celoteh suara Siti Sarah selepas melihat Watie.

Memetik mStar Online, Shuib berkata dia tidak pernah melupakan arwah isterinya, Siti Sarah namun kehadiran Watie dalam hidupnya adalah takdir yang ditentukan. Dalam pada itu, artis ini turut menyenangi sikap penyayang Watie selain dilihat mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan Allahyarhamah Siti Sarah. Apalagi setelah menyaksikan bagaimana wanita itu sabar menjaga seorang kakak OKU, ia seakan menyentuh sanubari Shuib.

Majlis pernikahan pelakon, pelawak dan penyampai radio, Shuib pada 23 Jun ini bakal berlangsung secara sederhana tanpa majlis resepsi. Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak termasuk pasangannya, Watie Hanifiah. Walaupun ada yang mengecam sampai ke tahap tak restu hubungan pasangan ini, sudah pasti kehadiran Watie ada hikmah tersendiri dan sebab-sebabnya.

Kredit. Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.